Bukan senang nak puaskan hati netizen Korea.
Sebelum ini, Jennie BLACKPINK pernah ditangkap menghisap rokok elektronik (vape) dalam kawasan tertutup.
Dalam satu temubual terbaru dengan majalah Harper’s Bazaar, idola itu sekali lagi menjelaskan mengenai isu berkenaan,
Apa yang boleh saya lakukan? Jika orang Korea rasa ia salah, saya perlu memperbaikinya. Ia seperti, saya faham kenapa mereka marah. Ia berkaitan dengan budaya, sejarah. Ia tentang masa. Dan saya tak boleh menentang masa.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen Korea meluahkan rasa kesal dengan jawapan Jennie memandangkan dia seperti meminta maaf tanpa mengetahui apa kesalahan sebenarnya.
Komen salah seorang netizen,
Apa yang budayanya? Memang salah pun hembus asap kat muka orang.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.