Ikuti Kami:

“Kalau Jumpa Orang Baik..” – Nam Jihyun Akui Belum Ada Keinginan Nak Berkahwin

“Kalau Jumpa Orang Baik..” – Nam Jihyun Akui Belum Ada Keinginan Nak Berkahwin

Hampir mencecah usia 30 tahun, Nam Ji-hyun juga pastinya tidak dapat mengelak dari soalan tentang perkahwinan.

Terbaru, Nam Ji-hyun telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘낰낰’ dan memberikan pendapatnya tentang perkahwinan. Luahnya jujur,

Saya belum memikirkannya secara mendalam lagi.

Sambungnya,

Awal tahun ini, kakak saya dah berkahwin. Tapi kebanyakan kawan rapat saya belum berkahwin lagi jadi saya masih belum rasa saya perlu kahwin. Jika saya bertemu dengan orang baik, saya akan mempertimbangkannya tetapi sebenarnya, saya belum mempunyai keinginan kuat mengenainya.

Jelas Nam Ji-hyun lagi dengan memberikan respon yang matang,

Sebaliknya, saya memikirkan bagaimana saya boleh jadi pasangan yang benar-benar baik. Saya harap ramai orang melihat saya sebagai seorang yang baik.

Semoga ada jodoh yang ngam buat Nam Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...