Utama Drama Korea “Kalau ‘Crisis X’ Tak Kelakar, Saya Bersara” – Kwon Sangwoo

“Kalau ‘Crisis X’ Tak Kelakar, Saya Bersara” – Kwon Sangwoo

wavve crisis x

Ada ke yang sudah menonton kesemua episod “Crisis X” yang ditayangkan laman penstriman wavve?

Yakin dengan penghasilan drama itu, komen Kwon Sang-woo sebelum ini menjadi perhatian semula apabila lelaki itu pernah mengatakan bahawa dia akan bersara sekiranya penonton mengatakan siri ini tidak kelakar.

Sudah pun meriliskan keenam-enam episod pada 2 Oktober lalu, komen pelakon tersebut mengenai kenyataan yang penuh dengan keyakinan itu,

Saya mendengar respon yang baik dari orang sekeliling. Saya pun ada terfikir sekiranya ia tidak kelakar.

wavve crisis x

“Crisis X” membawa kisah seorang lelaki berusia 40-an yang mengalami krisis hidup dari sudut kewangan dan rumah tangga meskipun bekerja di syarikat besar.

Kwon Sang-woo menjadi sebutan ramai apabila membawa watak komikal sebagai lelaki yang hilang arah hinggakan kehilangan rambut dan lemah tenaga batin.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...