Bukan senang kan untuk jadi pelakon di Korea Selatan ni.
Baru-baru ini, Hye-ri telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Dex. Dalam siaran itu, Dex bertanya kepada Hye-ri,
Saya dengar awak dah 5 bulan tak makan karbohidrat.
Jawab wanita itu,
Ya. Berat badan saya naik ketika menjalani penggambaran filem ‘Victory’.
Jelasnya lagi sebab dia berhenti makan karbohidrat,
Kalau saya tambah berat badan, pengarah akan kata ‘Saya tak pernah beritahu awak untuk tambah berat badan, jadi kenapa berat awak asyik naik?’. Saya perlu kekal aktif tetapi apa yang perlu saya lakukan? Saya tak suka bersenam.
Apabila ditanya apa kesannya selepas 5 bulan tak mengambil karbohidrat, Hye-ri berkongsi,
Saya kehilangan kira-kira 4 atau 5kg berat.
Bukan senang tu..