Pelakon ini berjaya kalahkan Ma Dong-seok dan Song Kang-ho?
Baru-baru ini, Gallup Korea berkongsi bahawa pelakon hebat Lee Jung-jae berjaya meraih hampir 34.4% jumlah undian dan berada di tempat pertama bagi tahun kedua berturut-turut sebagai pelakon yang paling bersinar. Pada tahun ini juga, Lee Jung-jae sudah berjaya menjadi penerbit, pengarah, penulis skrip dan juga teraju utama bagi filem “Hunt” dan ternyata ia berjaya mencuri perhatian penonton.
Kejayaan itu juga berjaya menjadikan Lee Jung-jae pelakon yang paling menyerlah tahun ini, dan berjaya mengalahkan Ma Dong-seok dengan jumlah undian sebanyak 18.8%, manakala Song Kang-ho pula meraih sebanyak 13.5%.
Tak boleh dinafikan lagi! Lee Jung-jae memang ‘all-out’ tahun ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.