Nampaknya, Cha Eun-woo adalah antara pelakon lelaki Korea yang paling popular kini.
BACA: Curi Perhatian, Sehun EXO & Cha Eunwoo Hadir Di Pertunjukan Fesyen Berprestij ‘Dior’s Men Fall 2023’
Terbaru setakat 9 Disember, Cha Eun-woo secara rasmi telah mengalahkan Lee Min-ho, menjadi pelakon lelaki Korea yang paling banyak diikuti di laman Instagram.
Khususnya mengikut statistik, Cha Eun-woo menduduki tempat pertama dengan pengikut sebanyak 31,475,528 manakala Lee Min-ho mempunyai 31,409,833 pengikut di Instagram.
Dalam pada itu, Cha Eun-woo akan kembali menemui penonton dalam drama “Island” bersama Lee Da-hee dan Kim Nam-gil, yang membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.
Jangan lupa tonton “Island” bakal ditayangkan pada 30 Disember nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.