Ikuti Kami:

Kalahkan ‘Infinite Challenge’, ‘Running Man’ Dinobat Program Paling Lama Ditayang Di Korea Kini

Kalahkan ‘Infinite Challenge’, ‘Running Man’ Dinobat Program Paling Lama Ditayang Di Korea Kini

Hebat betul “Running Man” kerana mereka dah pecahkan rekod baru bagi rancangan hiburan Korea!

Pada episod terbaru, pihak produksi mengungkapkan berita bahawa “Running Man” sudah pun mengalahkan rekod “Infinite Challenge” selepas menayangkan episod ke-564 sekaligus menjadi rancangan paling lama ditayangkan di Korea.

Ada berita baik yang boleh disambut oleh semua. Dengan tayangan episod lalu (episod yang dirakam sehari sebelum episod ini), kita menjadi program yang paling lama berjalan.

sbs running man

Balas Yang Se-chan,

Asalnya ‘Infinite Challenge’ kan? Kita pecahkan rekod itu.

Yoo Jae-suk dan Haha yang merupakan bekas ahli “Infinite Challenge” menjelaskan,

Jikalau dilihat daripada tahun, ‘Infinite Challenge’ berlangsung dua tahun lebih lama tapi terdapat banyak episod yang terpaksa ditangguhkan kerana terdapat isu seperti pekerja mogok. Jadi kalau dilihat daripada jumlah episod, ‘Running Man’ lebih banyak ditayangkan.

Tambah Yang Se-chan,

Maknanya Yoo Jae-suk dan Haha memecahkan rekod ini sebanyak dua kali. Hebatnya!

Memang hebat betul “Running Man” kerana boleh bertahan selama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...