Ikuti Kami:

Kalahkan ‘How You Like That’, ‘Pink Venom’ Jadi MV BLACKPINK Paling Banyak Ditonton Dalam 24 Jam

Kalahkan ‘How You Like That’, ‘Pink Venom’ Jadi MV BLACKPINK Paling Banyak Ditonton Dalam 24 Jam

BLACKPINK sekali lagi telah mencipta pencapaian hebat di YouTube dengan lagu “Pink Venom”!

Pada 19 Ogos yang lalu, BLACKPINK telah membuat kemunculan semula yang ditunggu-tunggu dengan single pra-keluaran mereka “Pink Venom”.

Selepas 24 jam muzik video itu dikeluarkan, ia mempunyai kiraan tontonan secara tidak rasmi sebanyak 86,228,516 di YouTube.

Terbaru pada 22 Ogos, YouTube secara rasmi mengesahkan bahawa lagu BLACKPINK “Pink Venom” berjaya mengumpul lebih 90.4 juta tontonan dalam masa 24 jam. Wah banyak tu!

blackpink pink venom

Bukan itu sahaja, lagu “Pink Venom” juga telah mengalahkan rekod yang dipegang “How You Like That” sebelum ini pada tahun 2020, dengan jumlah tontonan yang dikumpul sebanyak 86.3 juta tontonan di YouTube dalam 24 jam.

Kini, BLACKPINK kekal sebagai kumpulan wanita yang mempunyai tontonan tertinggi untuk muzik video dalam tempoh 24 jam.

Tahniah BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...