Ikuti Kami:

Kalahkan Eminem, BLACKPINK Duduki Tangga Ke-4 Jumlah ‘Subscriber’ Tertinggi Di YouTube

Kalahkan Eminem, BLACKPINK Duduki Tangga Ke-4 Jumlah ‘Subscriber’ Tertinggi Di YouTube

Saban hari, semakin banyak rekod hebat yang dicipta oleh BLACKPINK!

Pada 17 Ogos, YG Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan idola itu telah menerima langganan melebihi 44 juta di laman YouTube rasmi mereka. Dengan catatan terbaru itu, BLACKPINK kini berjaya menolak penyanyi rap terkenal iaitu Eminem ketepi (yang mempunyai 43.9 juta langganan kini).

Dengan itu, kumpulan yang dianggotai oleh Rosé, Ji-soo, Jennie dan Lisa berada di tempat ke-4 dan duduk selesa di belakang Justin Bieber, DJ Marshmallow dan Ed Sheeran. Bahkan kumpulan itu turut merangkul takhta sebagai artis K-Pop dengan langganan terbanyak di YouTube kini. Bukan itu sahaja, BLACKPINK juga merupakan artis wanita dengan langganan terbanyak di platform penstriman tersebut.

blackpink youtube

Seperti yang semua tahu, angka langganan di YouTube merupakan satu kayu ukur yang objektif dalam menentukan kepopularitian seorang artis itu di mata dunia. Lebih menggembirakan apabila BLACKPINK berjaya merangkul gelaran ini semua meskipun baru hanya 4 tahun aktif dalam dunia seni.

Mengagumkan apabila kumpulan ini turut dikhabarkan menerima hampir 100,000 langganan baru setiap hari semenjak single mereka “How You Like That” diriliskan pada Julai lepas.

Tahniah BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...