Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah meluluskan permintaan penyitaan sementara yang difailkan oleh MBC terhadap Studio N dan Management mmm, penerbit bersama drama tvN “Jeongnyeon: The Star Is Born”.
Sebelum ini, MBC menuduh syarikat produksi “Jeongnyeon” mencuri projeknya dan mengganggu rundingan kontrak, dengan mendakwa bahawa Studio N dan Management mmm melanggar Akta Pencegahan Persaingan Tidak Adil.
Pada asalnya, “Jeongnyeon” memulakan produksinya di MBC, dengan stesen penyiaran tersebut terlibat dalam perbincangan awal, pemilihan lokasi penggambaran, dan pemilihan pelakon.
Semasa rundingan, MBC menawarkan syarikat produksi drama tersebut 2 bilion won (RM6.4 juta) setiap episod sebagai dana produksi untuk mendapatkan “Jeongnyeon” dalam barisan siaran mereka.
Namun, sejurus sebelum penggambaran bermula, Studio N menerima tawaran lain dari tvN sebanyak 2.8 bilion won (RM9 juta) setiap episod untuk dana produksi.
Kemudian, apabila tvN mengambil alih produksi “Jeongnyeon”, beberapa anggota kru produksi drama MBC termasuk Pengarah Jung Ji-in meninggalkan stesen penyiaran tersebut dan berpindah ke tvN. Akibatnya, MBC menuntut ganti rugi daripada syarikat produksi “Jeongnyeon” atas amalan perniagaan yang tidak sah.
Jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian yang diuruskan oleh mahkamah, kemungkinan besar kes ini akan diteruskan sebagai tuntutan undang-undang rasmi. Ini bermakna siaran “Jeongnyeon” akan ditangguhkan tanpa had sehingga kes ini diselesaikan.
Pulak dah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.