Ikuti Kami:

“Kalah Idola” – 3 Jam Penuh Persembahan! Jelajah Asia Lee Joon Gi Dirai Meriah Peminat Malaysia

“Kalah Idola” – 3 Jam Penuh Persembahan! Jelajah Asia Lee Joon Gi Dirai Meriah Peminat Malaysia

Rasanya ramai peminat Malaysia yang minat Lee Joon Gi kan?

Terbaru, lelaki itu telah melawat Malaysia buat julung kalinya dengan jelajah Asia <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> In Kuala Lumpur di mana ia berlangsung dengan meriah di Mega Star Arena, Sungei Wang.

Terbukti bertenaga mengalahkan idola, lelaki tersebut muncul dengan melakukan persembahan bertenaga untuk beberapa lagu awal iaitu ‘Thank You’, ‘Now’ dan ‘Can Be Slow’.

Dia kemudian menyapa kesemua peminat Malaysia dan beberapa peminat dari negara lain yang sudi memenuhkan arena itu bagi merasai kehangatan perjumpaan peminat berkenaan.

lee joongi

Bukan sahaja lagu rancak, Lee Joon Gi membuktikan bahawa dia merupakan ‘performer’ versatil apabila dia mendendangkan lagu yang lebih perlahan seperti ‘I Don’t Know Love’, ‘For a While’, ‘Praise Me’ dan ‘Tonight’.

Peminat semakin tak keruan mendengar lelaki itu menyanyikan lagu runut bunyi drama popular “Scarlet Heart” iaitu ‘For You’. Malah kesemua terus bersorak apabila mendengar sahaj intro lagu tersebut yang asalnya didendangkan oleh kumpulan EXO-CBX.

Lee Joon Gi nyata menghargai peminat tempatan apabila dia turut sempat merakam lagu ‘Rasa Sayang’ dan menyanyikannya pada acara itu. Hebat!

lee joongi

Selepas 3 jam berlangsung, ribuan peminat Malaysia meluahkan perasaan puas hati dengan semangat yang ditonjolkan Lee Joon Gi buat peminat tempatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...