Ikuti Kami:

‘Kairos’ Buat Berdebar Dengan Misteri Penculikan Anak, Episod Awal Raih Rating Baik

‘Kairos’ Buat Berdebar Dengan Misteri Penculikan Anak, Episod Awal Raih Rating Baik

Saspens betul episod awal “Kairos”!

Sinopsis ringkas

“Kairos” ialah sebuah ‘drama thriller fantasi mengenai pengembaraan masa’ di mana takdir Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) yang anak perempuannya diculik mula berbelit dengan Han Ae-ri (Lee Se-young), seorang wanita yang sedang mencari ibunya yang hilang. Daripada perspektif Kim Seo-jin, Han Ae-ri berada sebulan sebelumnya namun mereka berdua boleh berkomunikasi daripada waktu yang berbeza. Dengan kelebihan ini, mereka berdua bergabung tenaga bagi menyelamatkan orang yang tersayang.

Episod awal padat dengan persoalan

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula mengenai Seo-jin dan isterinya Hyun-chae (Nam Gyu-ri) yang kehilangan anak mereka semasa wanita itu yang sedang melakukan persembahan biola. Tanpa sengaja, anak perempuannya itu yang mahu ke tandas dan merayau telah hilang tanpa kesan.

episod awal kairos

Tidak mampu bertahan, kedua mereka ke merata tempat dan balai polis bagi mencari semula Da-bin. Sebelum kanak-kanak itu hilang, dia dilihat memasuki ke sebuah kedai serbaneka yang dijaga oleh Ae-ri untuk membeli ais krim dan itu adalah kali terakhir Da-bin kelihatan.

Ae-ri yang tidak mengagak apa-apa yang pelik mengenai situasi itu bergegas ke hospital selepas ibunya yang mempunyai komplikasi jantung berada dalam keadaan bahaya. Selepas semuanya reda, dia tersilap mengambil telefon bimbit ibunya dan yang menghairankan telefon bimbitnya itu kemudian berada dalam genggaman Seo-jin.

episod awal kairos

Makin berselirat apabila satu bungkusan yang dihantar kepada Seo-jin dan Hyun-jae sepertinya mengesahkan mengenai kematian Da-bin di mana jari anaknya dengan darah diletakkan di dalamnya. Tak mampu membendung perasaan, wanita itu menyatakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa anaknya dan terjun daripada jambatan.

episod awal kairos

Kemudiannya Ae-ri yang melihat poster kanak-kanak hilang itu terus teringatkan pertemuannya dengan Da-bin dan menghubungi Seo-jin mengenai informasi tersebut. Berjanji untuk berjumpa, penonton terkesima apabila terpandang kelibat Ae-ri yang duduk di dalam bas penjara di belakang lelaki itu sambil sedang tersenyum sinis.

Dan semuanya semakin berselirat apabila Seo-jin dilihat dapat menyelamatkan Ae-ri daripada dipenjara dalam episod kedua. Jadi, bagaimana dunia mereka ini boleh bertembung?

[SPOILER Tamat]

Dapat reaksi positif penonton

Wow! Saspens betul episod pertama “Kairos”. Macam-macam persoalan yang timbul dalam benak penonton selepas menonton tayangan awal drama itu. Tapi yang pasti ianya mampu merebut perhatian penonton dengan plot uniknya.

Rating yang direkodkan juga agak baik iaitu 2.7% dan 3.7% ketika episod pertama dan 2.4% dan 3.1%. Mungkin ia akan terus meningkat pada episod akan datang nanti dengan pelbagai babak yang lebih mendebarkan.

Jangan lupa saksikan “Kairos” di saluran Oh!K (Astro 394) pada setiap Selasa dan Rabu pada jam 7.45 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...