Kai EXO telah dilantik sebagai Local Muse bagi produk kecantikan ‘YSL Beauty’!
Pada 5 Januari lepas, telah berlangsungnya acara ‘Pop-up event’ bagi pelancaran produk baru Yves Saint Laurent (YSL) Beauty ‘NEW Candy Glaze Color Balm’, yang diadakan di Atrium Square, Jamsil Lotte World Mall.
Di acara tersebut, kelihatan ramai selebriti popular seperti Lee Se-young, Ga-eul dan Yu-jin IVE, Wi Ha-joon dan juga termasuk Kai EXO. Dilaporkan bahawa ianya merupakan penampilan pertama Kai sebagai Local Muse bagi jenama kecantikan tersebut, yang mana telah mengagumkan peminat dengan kehebatan Kai, yang mempunyai jawatan tinggi bagi banyak jenama mewah.
Selain YSL Beauty, Kai juga merupakan duta global jenama Gucci dan pernah menjadi Muse Asia Pasifik pertama bagi jenama Bobbi Brown.
Tahniah Kai!