Utama K-Pop Kai EXO Bakal Debut Solo, Album Mini Pertama Sah Temui Peminat 30...

Kai EXO Bakal Debut Solo, Album Mini Pertama Sah Temui Peminat 30 November Ini

album solo kai exo

Selepas Baek-hyun, Chen, Lay dan Suho, ramai yang menanti siapakah ahli EXO seterusnya yang bakal mengeluarkan album solo.

Persoalan semua akhirnya terjawab apabila SM Entertainment mengesahkan bahawa Kai bakal menjadi artis solo yang melakukan kemunculan pertama nanti. Malah gambar pertama untuk album terbaru itu turut diriliskan lewat malam semalam.

Album mini yang diberi nama KAI (开) itu merangkumi 6 lagu di dalamnya termasuk lagu utama yang tidak didedahkan lagi judulnya. Bakal menemui peminat pada 30 November ini, semua nyata tak sabar untuk mendengar apa yang Kai bakal sajikan termasuklah konsep dan genre lagu sebagai penyanyi solo.

Memang dikenali sebagai penari yang hebat dan juga penyanyi yang baik, sudah pasti album mini ini akan meragut hati semua. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...