Ikuti Kami:

“Kahwin Semula” – 5 Tahun Bercerai Dengan Gu Hyesun, Ahn Jaehyun Mengaku Sunyi Kini

“Kahwin Semula” – 5 Tahun Bercerai Dengan Gu Hyesun, Ahn Jaehyun Mengaku Sunyi Kini

Ahn Jae-hyun secara tenang mengakui rasa kesunyian yang dialaminya selepas bercerai.

Episod program hiburan “Ganeun Jeong Oneun Jeong Lee Min Jung” yang akan disiarkan pada 4 Julai, akan menampilkan bahagian kedua khas “Squid Game”.

Selepas bermain permainan dan makan malam bersama, mereka semua berkumpul di ruang tamu penginapan ketika malam menjelma dan mula meluahkan isi hati satu per satu.

Ahn Jae-hyun berkata,

Tanpa sedar, semua kawan saya kini sudah berkahwin dan menjadi ibu bapa. Jadi saya rasa serba salah untuk mengajak mereka keluar secara spontan. Bila saya ada masa lapang pada hujung minggu selepas bekerja, mereka sudah pun ada keluarga, jadi saya rasa segan nak ajak keluar. Akhir-akhir ini, saya rasa sunyi kerana bersendirian.

ahn jaehyun divorce

Ahn Jae-hyun berkahwin dengan pelakon Goo Hye-sun pada Mei 2016 selepas mereka berkenalan menerusi drama “Blood”, tetapi bercerai pada Julai 2020.

Mendengar luahan itu, Boom memberikan nasihat tulus, “Atasi kesedihan itu dengan baik dan cuba alami pengalaman berkahwin semula.” Disebabkan suasana yang tiba-tiba menjadi serius, Ahn Jae-hyun segera berkata, “Saya dah tak sedih lagi,” sambil cuba mengelak dengan melambai tangan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...