Ikuti Kami:

Kagum! Pelakon Malaysia Bella Rahim Muncul Dalam Filem Korea ‘Peninsula’

Kagum! Pelakon Malaysia Bella Rahim Muncul Dalam Filem Korea ‘Peninsula’

Dalam keterujaan menonton sekuel “Train To Busan” iaitu “Peninsula”, rakyat Malaysia langsung tidak menyangka bahawa mereka akan disajikan dengan kemunculan bendera negara kesayangan di dalam filem zombil tersebut!

Sesiapa yang sudah menonton pasti kenal dengan watak ‘Jane’ yang disebut-sebut dalam filem tersebut, rupanya watak tersebut telah dilakonkan oleh pelakon tanah air bernama Bella Rahim.

Walaupun penampilannya hanya sebentar sebagai anggota penyelamat daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), namun ia nyata membuatkan penduduk Malaysia berasa bangga selepas keluar daripada panggung wayang.

bella rahim peninsula

Rata-rata penonton meluahkan perasaan teruja mereka selepas terpandangkan uniform watak Jane yang dihiasi dengan bendera Malaysia semasa babak menyelamat dalam filem tersebut. Membanggakan juga kerana Bella Rahim turut mempunyai dialog yang boleh tahan banyak dalam “Peninsula”.

Pelakon berusia 46 tahun yang berasal daripada Ipoh ini mendedahkan bahawa dia telah menyertai penggambaran untuk filem “Peninsula” di dua lokasi di Korea Selatan pada September tahun lepas. Satu di Dae-jeon dan satu lagi di In-cheon.

Paling best apabila Bella mendedahkan bahawa dia sempat bersembang ringan dengan pelakon utama filem tersebut iaitu Kang Dong-won dan Lee Jung-hyun. Bahkan menambah bahawa kedua pelakon itu adalah sangat baik dan merendah diri!

Semua yang sudah menonton “Peninsula” pasti berasa bangga apabila melihat kemunculan istimewa bendera Malaysia di dalamnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...