Siapa pernah layan drama “What’s Wrong with Secretary Kim” dulu?

Bagi siapa yang menonton drama 2018 “What’s Wrong with Secretary Kim” yang diterajui Park Seo-joon dan Park Min-young, pastinya perasan dengan watak Lee Young-joon (Park Seo-joon) ketika kecil, yang dimainkan oleh pelakon kanak-kanak Moon Woo-jin.
Terbaru, seorang pengguna di TikTok (@hann) telah memuat naik satu video yang menunjukkan penampilan Moon Woo-jin kini.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terkejut melihat perubahan pelakon kanak-kanak dari drama “What’s Wrong with Secretary Kim” itu, meskipun baru 4 tahun berlalu. Dah makin dewasa sekarang!
https://www.tiktok.com/@baexuzy/video/7138337170988780806
Antara komen netizen:
Kenapa dia membesar begitu cepat?
Wahh..saya lupa yang mereka pun membesar.
Kacaknya Moon Woo-jin. Tak sangka dia dah 13 tahun sekarang.
Untuk pengetahuan, Moon Woo-jin ialah pelakon kanak-kanak yang dilahirkan pada 2009, dan mula membuat debutnya pada 2017. Dia juga pernah membintangi drama lain seperti “Vagabond”, “The Beauty Inside” dan banyak lagi.
Kacak kan Moon Woo-jin sekarang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.