Nampaknya SBS berjaya menemui permata baharu selepas kegagalan “The Escape Of The Seven”.
Dalam dua episod sahaja, “Connection” telah meraih rating mengagumkan di mana kedua-dua episod awalnya meraih rating 6.1%.
Bukan sahaja ia mendahului slot petang Jumaat-Sabtu, tetapi ianya juga menjadi siri mini Korea dengan rating tertinggi sepanjang minggu lepas, mengatasi “Lovely Runner” (4.8%), “The Atypical Family” (4.2%), “The Midnight Romance in Hagwon” (4.9%), dan lain-lain.
Jelas selepas tamatnya “Queen of Tears,” saluran di Korea sedang mengalami krisis rating, dengan pelbagai drama terhangat seperti “Lovely Runner” pun bergelut untuk melepasi rating 5%.
“Connection” terbukti popular sejak ia dipromiskan memandangkan ia diterajui oleh pelakon hebat seperti Jisung da Jeon Mi-do. Malah plot yang tegang turut membuatkan penonton tak senang duduk.
Untuk pengetahuan, drama thriller jenayah ini mengisahkan pencarian kebenaran disebalik kejadian rakan sekolah menengah yang meninggal dunia dan meninggalkan duit insurans sebanyak 5 bilion won (RM17.8 juta).
Korang dah layan ke “Connection”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.