Nampaknya, kumpulan ‘legend’ 2PM akan menemui peminat dengan persembahan mereka tak lama lagi!
BACA: “Saya Dah 17 Tahun Berlakon Tapi Ramai Masih Tak Kenal Saya” – Chansung 2PM
Terbaru pada 1 Februari, media melaporkan bahawa 2PM akan mengadakan konsert sebagai kumpulan penuh pada sekitar Ogos atau September nanti.
Selain itu menurut laporan, semua ahli sudah melaraskan jadual mereka untuk konsert nanti dan JYP Entertainment juga berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan rancangan tersebut.
Sebagai tidak balas, JYP Entertainment tampil memberi respon,
Memang benar kami sedang bersiap untuk konsert 2PM dan kami akan memaklumkan anda selepas jadual itu telah disahkan.
Untuk pengetahuan, 2PM kali terakhir membuat kemunculan semula sebagai kumpulan penuh pada 2021 dengan album studio ketujuh “MUST” dan bertemu dengan peminat melalui acara pertemuan dalam talian.
Sama-sama kita nantikan konsert 2PM pada tahun ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉