Ikuti Kami:

Juruterbang Hilang Pekerjaan, Jo Jungsuk Sah Terajui Filem ‘Pilot’

Juruterbang Hilang Pekerjaan, Jo Jungsuk Sah Terajui Filem ‘Pilot’

Jo Jung-suk telah disahkan akan terajui filem baharu arahan Kim Han-gyeol berjudul “Pilot”!

“Pilot” ialah filem yang menggambarkan kisah Jung-woo dilakonkan oleh Jo Jung-suk, yang kehilangan pekerjaannya dalam sekelip mata, dan berjaya dalam pekerjaan semula kerana pengubahan identiti yang tidak dijangka.

Dengan kemahiran lakonannya dalam pelbagai naskhah menarik sebelum ini, Jo Jung-suk dijangka akan membawa ketawa kepada penonton dengan keceriaan uniknya, menerusi wataknya yang tiba-tiba menganggur daripada seorang juruterbang yang berjaya.

Sekadar info, filem ini akan diarahkan oleh Kim Han-gyeol, yang telah membuktikan kemahiran pengarahannya yang sangat baik dalam “Crazy Romance” dan juga merupakan penerbit bagi siri asal Netflix “D.P.”.

Sementara itu, tarikh keluaran “Pilot” masih belum disahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Kalau Jo Jung-suk berlakon, mesti kena tonton ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...