Ikuti Kami:

“Jurugambar Ni Pelik..” – Photoshoot ‘Daring’ Jennie BLACKPINK Cetus Kritikan

“Jurugambar Ni Pelik..” – Photoshoot ‘Daring’ Jennie BLACKPINK Cetus Kritikan

Jennie dari BLACKPINK baru-baru ini mengejutkan ramai apabila tampil berani tanpa memakai baju untuk penggambaran bersama majalah Homme Girls. Dia berani bergaya dengan hanya menggunakan beberapa prop untuk menutup bahagian dadanya.

Pada 10 April 2025, keseluruhan sesi penggambaran itu telah dikeluarkan secara rasmi dalam talian. Jennie kelihatan menawan dan kelihatan sangat semula jadi.

Walaupun terdapat gambar close-up wajahnya yang cantik namun ramai perasan bahawa terdapat juga tumpuan besar terhadap bahagian-bahagian tertentu tubuhnya. Ramai yang merasakan penggambaran ini terlalu seksual dan melebih-lebihkan unsur sensual.

jennie homme girls

Warganet Korea memuji kecantikannya, namun dalam masa sama turut mengkritik jurugambar kerana cara mereka menampilkan imej Jennie yang terlalu seksual. Antara komen di forum theqoo termasuk,

  • “Kenapa perlu ambil gambar punggung dan seluar pendek dia? Saya tak faham selera jurugambar tu”
  • “Gaya ni tak sesuai dengan dia”
  • “Lagi pelik sebab dia nampak macam budak”
  • “Rasa kurang enak tengok”

Jennie sememangnya dikenali kerana berani mencabar batas dan tidak gentar menampilkan sisi seksi dirinya. Walaupun gambar-gambar tersebut mungkin bukan untuk semua orang, tiada siapa yang boleh menafikan kecantikan dan aura bintangnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...