Ikuti Kami:

Junhoe iKON Sah Terajui Filem ‘Even If I Die Once Again’, Bersama Jo Byeonggyu

Junhoe iKON Sah Terajui Filem ‘Even If I Die Once Again’, Bersama Jo Byeonggyu

Jun-hoe iKON akan bergabung dengan Jo Byeong-gyu dalam filem baru “Even If I Die, Once Again”!

“Even If I Die, Once Again” adalah mengenai Jeon Woo-seok yang akan dilakonkan oleh Jo Byeong-gyu , iaitu seorang pelakon lagak aksi berusia 40 tahun yang bermimpi menjadi pelakon. Kerana kemalangan, dia kembali ke sekolah menengahnya dan berpeluang memikirkan kembali impiannya.

Jun-hoe akan memainkan peranan sebagai pelajar sekolah menengah bernama Bong-gyun, yang kacak dan menawan tetapi juga sedikit ‘playboy’. Dia adalah kawan lama Jeon Woo-seok dan merupakan orang yang menghargai kesetiaan di atas segalanya.

iKON junhoe Jo Byeong GyuKekacakan Jun-hoe yang bergaya dan keperibadian yang bertenaga diharapkan dapat menghidupkan filem ini, dan terdapat banyak penantian untuk ‘chemistry’ dengan pelakon lain.

Setelah terkesan sebagai vokalis kumpulan iKON dengan lagu-lagu hit seperti “MY TYPE”, “Love Scenario”, “Why Why Why” dan banyak lagi, peminat ingin tahu bagaimana Jun-hoe akan memikat penonton melalui debutnya sebagai seorang pelakon.

Tak sabar nak tengok filem ni dan lakonan pertama Jun-hoe!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...