Ikuti Kami:

Junho 2PM No 1 Ranking ‘Reputasi Jenama Idola Lelaki’ Bagi Januari

Junho 2PM No 1 Ranking ‘Reputasi Jenama Idola Lelaki’ Bagi Januari

Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mendedahkan ranking reputasi jenama untuk idola pada bulan Januari ini!

Senarai ini ditentukan menerusi analisis penyertaan pengguna, liputan medua, komunikasi dan kesedaran komuniti pada 703 ahli kumpulan idola lelaki menerusi data yang dikumpulkan dari 15 Disember 2021 hingga 15 Januari 2022.

Buat pertama kali, Lee Jun-ho dari 2PM telah menduduki tangga teratas ranking ini dengan indeks reputasi jenama dengan markah 7,425,507 menandakan 39.07% peningkatan dari bulan lalu. Antara frasa yang dikaitkan dengannya ialah ‘The Red Sleeve’, ‘My House’, dan “MBC Music Festival’.

junho 2pm

Bukan itu sahaja, analisis positif-negatif buatnya juga menunjukkan reaksi positif sebanyak 80.29%.

Senarai penuh:

  1. 2PM – Lee Jun-ho
  2. BTS – Jimin
  3. Wanna One – Kang Daniel
  4. BTS – Jin
  5. ASTRO – Cha Eun-woo
  6. BTS- Jungkook
  7. Wanna One – Kim Jae-hwan
  8. BTS – Suga
  9. 2PM – Chansung
  10. BTS – V
  11. BTS – RM
  12. BIGBANG – G-Dragon
  13. VERIVERY – Minchan
  14. BTS – J-Hope
  15. SF9 – Rowoon
  16. Super Junior – Kim Hee-chul
  17. Wanna One – Park Ji-hoon
  18. Super Junior – Kyuhyun
  19. WINNER – Song Mino
  20. NCT – Jaehyun

Tahniah Junho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...