Ikuti Kami:

Jungkook BTS Dedah Berbelah Bagi Untuk Kolaborasi Dengan Charlie Puth Pada Awalnya

Jungkook BTS Dedah Berbelah Bagi Untuk Kolaborasi Dengan Charlie Puth Pada Awalnya

Siapa yang masih seronok dengar lagu “Left and Right” kolaborasi Charlie Puth bersama Jung-kook BTS?

Baru-baru ini, video di sebalik tabir Jung-kook merakamkan lagu kolaborasinya “Left and Right” di studio telah dikeluarkan menerusi saluran YouTube ‘BANGTANTV’. Dalam video itu, Jung-kook berkongsi perasaannya apabila dia diminta untuk berkolaborasi dengan Charlie Puth.

Pada awalnya, ahli termuda kumpulan BTS itu menjelaskan bahawa dia memang merupakan peminat bagi Charlie Puth,

Sebagai peminat Charlie Puth, saya mendengar muziknya dan sering menyanyikannya. Apabila saya berkolaborasi dengannya dalam ‘Left and Right’, saya fikir ia adalah peluang baharu dan saya fikir bagaimana saya harus meluahkan warna saya di dalamnya.

jungkook charlie puth

Kemudian, Jung-kook turut berkongsi bagaimana kerjasama itu berlaku dan dia tidak pasti sama ada dia adalah pilihan yang tepat. Idola itu menjelaskan,

Sungguh mengagumkan saya dapat bekerjasama dengannya. Saya tidak pasti sama ada saya patut tampil dalam lagu itu tetapi apabila Charlie dan saya menghantar mesej antara satu sama lain, dia berkata dia sangat menyukai suara saya.

Charlie Puth memang buat pilihan yang tepat dengan memilih Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...