Ikuti Kami:

Jung Yumi & Han Sukkyu Dikhabarkan Bakal Jadi Bintang Utama Drama Jenayah ‘Until The Morning Comes’

Jung Yumi & Han Sukkyu Dikhabarkan Bakal Jadi Bintang Utama Drama Jenayah ‘Until The Morning Comes’

Khabarnya Han Suk-kyu dan Jung Yu-mi akan bergandingan dalam sebuah drama JTBC baru tak lama nanti!

Pada 18 Disember, terdapat laporan mengatakan Jung Yu-mi sudah pun disahkan akan menerajui drama “Until The Morning Comes”. Ia juga merupakan projek terbaru daripada pengarah Lee Jung-hyo yang sebelum ini mengarahkan drama popular “Crash Landing On You”.

Menurut sumber media, drama ini menceritakan kisah yang terjadi apabila satu mayat ditemui dalam bagasi di tengah-tengah Seoul. Seorang bekas pakar patologi forensik di Jabaran Forensik Kebangsaan menjadi suspek utama kes ini. Walaubagaimanapun, kes ini sangat aneh sehingga seorang profiler di bawa untuk menyiasat punca utama seorang ahli patologi forensik memilih untuk menjadi penjenayah.

jtbc until the morning comes

Dikhabarkan bahawa Jung Yu-mi akan berlakon sebagai profiler dengan kemahiran memerhati yang tajam manakala Han Suk-kyu pula bakal menggalas tanggungjawab sebagai pakar patologi forensik yang kini merupakan seorang penjenayah.

Selepas berita ini berterbangan, kedua-dua agensi pelakon ini mengesahkan bahawa mereka kini sedang meniliti untuk membintangi drama tersebut dengan positifnya.

Lama betul tak nampak Han Suk-kyu sejak “Dr. Romantic 2” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...