Akhirnya Jung Woo-sung bakal membuat kemunculan pertama selepas 10 tahun dalam dunia K-Drama dengan naskhah bertajuk “Tell Me You Love Me”.

Umum Studio & New, anak syarikat di bawah perniagaan produksi kandungan NEW,
Drama kemanusiaan romantik baru ‘Tell Me You Love Me’ yang dihasilkan bersama Artist Studio sudah mengesahkan penyertaan Jung Woo-sung dan Shin Hyun-bin sebagai teraju utama dan bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini.
Naskhah melodrama penyembuhan ini membawa kisah ketentuan antara Cha Jin-woo yang terbiasa meluahkan perasaan menerusi gambar, bukannya perkataan dan Jung Mo-eun yang meluahkan yang terbuku di hati menerusi kata-kata. Ianya diambil berdasarkan drama dengan nama sama yang pernah ditayangkan di Jepun pada tahun 1995.
Dalam “Tell Me You Love Me”, Jung Woo-sung akan membaw watak Cha Jin-woo yang bebas dalam dunia senyap dan senang mengalami prejudis. Manakala Shin Hyun-bin pula menghormati dirinya sendiri dan dengan bangga mengejar cinta dan impian yang dimahukan.
Dalam pada itu, naskhah ini sedang dalam perbincangan untuk disiarkan di pelbagai saluran dan platform penstriman.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.