Jung Ilwoo Terkena Tempias, ‘Sweet Munchies’ Tamat Dengan Rating Terendah 0.4%

episod akhir sweet munchies

Siapa sangka drama lakonan Jung Il-woo “Sweet Munchies” menemui kegagalan meskipun lelaki itu merupakan seorang pelakon yang hebat. Rata-rata peminatnya kecewa dengan plot drama itu yang menuju ke laut daripada pertengahan tayangannya.

Sinopsis ringkas

“Sweet Munchies” membawa kisah Park Jin-sung (Jung Il-woo), seorang chef yang menyembuhkan orang menerusi makanan yang disediakannya. Restoran yang dimiliki olehnya dipanggil sebagai Bistro72 dan menyimpan satu rahsia besar atas permintaan pelanggan tetap yang juga merupakan seorang pengarah program di stesen televisyen iaitu Kim Ah-jin (Kang Ji-young).

episod akhir sweet munchies

Wanita itu sering mengunjungi Bistro72 kerana makanan dan minuman yang disediakan di situ merupakan satu-satunya kebahagiaan yang mampu dirasainya. Sebelum kontrak kerjanya tamat, dia menggunakan peluang terkahir ini untuk merealisasikan impiannya untuk memastikan restoran milik Jin-sung mengecap kejayaan.

Rating terus merudum

Menurut Nielsen Korea, rating untuk episod terakhir yang ditayangkan pada 30 Jun mencatatkan rating terendah buat naskhah itu iaitu hanya 0.44% sahaja. Meskipun bermula dengan rating yang agak baik bagi saluran berbayar iaitu 1.5% tetapi ianya terus jatuh dalam linkungan 0.8% bermula daripada episod kelima dan terus merudum ke sekitar 0.6%.

Rata-rata penonton sepertinya menyalahkan plot cerita tersebut dan memuji lakonan Jung Il-woo dan Lee Hak-joo manakala Kang Ji-young menerima kritikan kerana lakonannya yang tidak meyakinkan. Kata mereka, plot yang tidak tersusun serta perkembangan karakter yang mengecewakan nyata memberi impak yang buruk kepada “Sweet Munchies”.

episod akhir sweet munchies

Plot ke laut

Ramai yang mengkritik watak yang dibawa oleh Jung Il-woo iaitu Park Jin-sung kerana mementingkan dirinya sendiri sehingga merosakkan program terbitan Kim Ah-jin (Kang Ji-young). Lelaki itu sanggup menipu bahawa dia adalah seorang gay bagi memberikan publisiti kepada restoran miliknya yang hampir bankrap dan secara tidak langsung menipu wanita itu.

Lee Hak-joo yang membawa watak Tae-wan juga menerima simpati penonton kerana terpaksa melalui cabaran daripada drama ini selepas menerima pujian melambung dalam dramanya sebelum ini iaitu “The World Of The Married”.

episod akhir sweet munchies

Harap kesemua pelakon menemui naskhah baru yang lebih baik selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply