Ikuti Kami:

Jung Hoyeon, Wanita Asia Timur Pertama Jadi Bintang Muka Depan Majalah ‘Vogue’

Jung Hoyeon, Wanita Asia Timur Pertama Jadi Bintang Muka Depan Majalah ‘Vogue’

Model serta pelakon Jung Ho-yeon jadi wanita Asia Timur pertama yang menjadi bintang muka depan majalah ‘Vogue’!

Pada 5 Januari, majalah ‘Vogue’ memuat naik tweet halaman muka depan terbitan Februari yang menampilkan Jung Ho-yeon. ‘Vogue’ juga menggunakan YouTube dan Instagram rasminya untuk mendedahkan video khas bertajuk, “HoYeon: International Woman of Mystery”, yang difilemkan dalam konsep filem pengintip lama, yang memperkenalkan pelakon unik “Squid Game” itu dan kerjayanya. Semasa temu bual dengan ‘Vogue’, Jung Ho-yeon menyatakan,

Seluruh hidup saya berubah hanya dalam masa satu bulan sahaja.

Jung Ho-yeon juga mendedahkan pemikirannya soal berlakon di Hollywood pada masa hadapan. Dia berkongsi,

Saya sentiasa mahu pergi ke Hollywood dan berlakon di Amerika, dan saya masih melakukannya. Tetapi ‘Squid Game’ telah mengubah pemikiran saya. Ia tidak semestinya filem Amerika atau filem Eropah, ia adalah cerita dan mesej yang lebih penting.

Sementara itu, siri asal Netflix “Squid Game” menerima penonton lebih daripada 142 juta isi rumah di seluruh dunia hanya dalam tempoh empat minggu pertama tayangannya. Bersama dengan kejayaan besar rancangan itu, Jung Ho-yeon turut menjadi bintang antarabangsa dalam sekelip mata. Dia kini mempunyai lebih daripada 23.7 juta pengikut di Instagram, menjadikannya antara pelakon yang mempunyai pengikut paling banyak di aplikasi tersebut.

Suka sangat tengok personaliti Jung Ho-yeon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...