Ikuti Kami:

Jun Somin & Lee Joomyung Akan Muncul Dalam ‘The Sixth Sense 3’ Sebagai Tetamu

Jun Somin & Lee Joomyung Akan Muncul Dalam ‘The Sixth Sense 3’ Sebagai Tetamu

Nampaknya, penonton akan dapat saksikan kemeriahan “The Sixth Sense 3” dengan kesemua ahli termasuk Jun So-min!

Pada 21 April, Jun So-min dan Lee Joo-myung dilaporkan akan muncul dalam program “The Sixth Sense 3” sebagai tetamu. Khususnya, penampilan Jun So-min bekas ahli tetap rancangan tersebut, menarik perhatian penonton setia program itu. Bagi yang belum tahu, Jun So-min terpaksa tarik diri sebagai ahli tetap “The Sixth Sense 3” disebabkan kecederaan di kakinya dan masalah pelarasan jadual drama.

Sebagai tindak balas, pihak tvN “The Sixth Sense 3” mengeluarkan kenyataan rasmi,

Jun So-min dan Lee Joo-myung akan muncul pada 6 Mei.

jun somin lee joomyung the sixth sense 3

Oleh itu, penonton mempunyai jangkaan tinggi tentang jenis sinergi yang akan diwujudkan oleh ahli yang meluahkan rasa rindu mereka melalui siaran bersama bekas ahli Jun So-min, yang mereka tidak temui setelah sekian lama di program itu.

Tambahan, setelah mendapat perhatian dek watak dalam “Twenty Five, Twenty One”, ini juga merupakan penampilan pertama Lee Joo-myung dalam rancangan hiburan, menambah keterujaan peminat untuk melihat pelakon tersebut beraksi di luar drama.

Confirm’ episod ni meriah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...