Ikuti Kami:

Jun Jihyun Tamat Kontrak Bersama Agensi Setelah 10 Tahun

Jun Jihyun Tamat Kontrak Bersama Agensi Setelah 10 Tahun

Pelakon hebat wanitz Jun Ji-hyun yang sebelum ini tampil menjadi teraju utama dalam “The Legend Of The Blue Sea”, baru-baru ini dikhabarkan sudah membawa haluan sendiri setelah berpisah dengan agensinya.

Jun Ji-hyun dikhabarkan menamatkan kontrak dengan agensinya Culture Warehouse, yang telah menjadi agensinya sejak sedekad yang lalu.

Menurut laporan baru-baru ini, Jun Ji Hyun memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan Culture Warehouse. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Culture Warehouse iaitu Kim Seon-jung juga dikhabarkan akan meninggalkan syarikat itu.jun jihyun

Ia belum disahkan sama ada Jun Ji Hyun akan berpindah ke agensi baharu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kim Seon Jung atau jika dia akan menubuhkan agensinya sendiri.

Agaknya Jun Ji-hyun akan ada agensi sendiri tak? Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...