Ikuti Kami:

Jun Jihyun Dilapor Beli Penthouse Bernilai Lebih RM43 Juta Secara Tunai

Jun Jihyun Dilapor Beli Penthouse Bernilai Lebih RM43 Juta Secara Tunai

Umum pasti mengetahui bahawa Jun Ji-hyun merupakan salah seorang selebriti di Korea Selatan dengan pendapatan paling lumayan.

Terbaru menurut laporan media kewangan, pelakon Jun Ji-hyun telah membeli sebuah rumah pangsapuri mewah di tingkat atas Acro Seoul Forest, Seongsu-dong 1-ga dengan harga 13 bilion KRW (RM43,722,764), pada September 2022.

Untuk pengetahuan, apartmen penthouse itu terletak di tingkat 47 Acro Seoul Forest yang terdiri daripada 264 meter persegi.

Selain itu, Jun Ji-hyun membeli rumah tersebut bersama suaminya Choi Jun-hyuk dengan jumlah transaksi penuh yang dibayar secara tunai. Pelakon wanita itu memiliki 12/3 harta itu manakala sumianya memiliki 1/13.

jun jihyun

Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Ia adalah hal peribadi pelakon jadi kami minta maaf kerana sukar untuk mengesahkannya kerana agensi tidak tahu secara terperinci.

Fuh bukan biasa-biasa!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...