Kematian Song Jae-rim pastinya telah mengejutkan ramai orang.
Menurut laporan media, Song Jae-rim telah ditemui meninggal dunia di apartmennya di Seoul, oleh rakannya yang sepatutnya keluar makan tengahari bersamanya.
Meskipun sebab kematian masih belum disahkan, polis melaporkan bahawa mereka telah menemui surat wasiat sebanyak 2 muka surat di tempat kejadian, dipercayai ditulis oleh pelakon itu sebelum dia mengambil nyawanya sendiri.
Sementara itu, bekas agensinya menyatakan mereka tidak mengetahui tentang keberadaan Song Jae-rim, selepas kontraknya tamat pada tahun lalu. Sejak dari itu, mendiang telah bekerja tanpa agensi.
Nantikan info lanjut.