Ikuti Kami:

Jumpa Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-10, APINK Berpakaian Dalam Watak ‘Squid Game’

Jumpa Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-10, APINK Berpakaian Dalam Watak ‘Squid Game’

Pada 31 Disember yang lepas, APINK telah mengadakan acara perjumpaan dengan peminat sempena ulang tahun debut ke-10 mereka.

Acara pertemuan itu terdiri daripada pelbagai aktiviti seperti pentas lagu hit APINK dan perbualan bersama untuk mengimbas masa lalu. Ia sangat bermakna buat APINK untuk menghabiskan hari terakhir tahun 2021 bersama peminat.

Selain itu, acara ini diadakan secara luar talian dan turut disiarkan secara langsung dalam talian. Ahli juga membaca surat kapsul masa mereka, yang mereka tulis sebelum ini, untuk membacakannya pada ulang tahun ke-10.

Untuk kandungan VCR mereka, kesemua enam ahli berpakaian seperti watak dalam drama hit “Squid Game”. Mereka kemudiannya memainkan beberapa permainan daripada drama tersebut. Melihat bintang kegemaran mereka setelah sekian lama, peminat meluahkan reaksi positif melihat telatah mereka di atas pentas.

Sementara itu, APINK sedang bersedia untuk kemunculan semula mereka pada Februari 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...