Ikuti Kami:

Jumpa Bayi Dalam Kotak, ‘Broker’ Lakonan IU, Song Kangho & Kang Dongwon Bakal Tayang Jun Ini

Jumpa Bayi Dalam Kotak, ‘Broker’ Lakonan IU, Song Kangho & Kang Dongwon Bakal Tayang Jun Ini

Filem “Broker” yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat, telah mengesahkan tarikh tayangan!

Untuk pengetahuan, “Broker” berkisar tentang kotak bayi di ruang kecil, di mana ibu bapa boleh meninggalkan bayi mereka tanpa nama. Filem ini akan diterajui oleh bintang hebat IU, Song Kang-ho, Kang Dong-won, Bae Doo-na dan Lee Joo-young.

Ianya akan membawa kisah tentang Sang-hyun (Song Kang-ho) yang mencari ibu bapa baharu untuk bayi yang ditinggalkan di dalam kotak bayi dan membuat tawaran istimewa dengan mereka. Dia menggelar dirinya sebagai ‘broker’ yang mempunyai niat baik. Sang-hyun bekerjasama dengan Dong-soo (Kang Dong-won) dalam usaha ini.

Selain itu, mereka juga akan melibatkan So-young (IU), yang meletakkan bayinya di dalam kotak bayi, tetapi kini telah kembali untuk mengambil bayinya. Sementara itu, Detektif Soo-jin (Bae Doo-na) dan Detektif Lee (Lee Joo-young) akan mengejar Sang-hyun dan Dong-soo.

Poster pertama yang dikeluarkan bagi filem ini telah menambah keterujaan penonton, di mana watak IU dilihat terpaksa menyertai perjalanan kedua watak Song Kang-ho dan Kang Dong-won, meningkatkan rasa ingin tahu tentang kisah istimewa antara mereka yang bertemu melalui kotak bayi.

Sekadar info, “Broker” ialah filem Korea pertama yang diarahkan oleh tuan Jepun Hirokazu Kore-eda dan telah meraih perhatian tinggi sejak awal. Ia menggambarkan kehidupan watak yang terpinggir dan tidak dilindungi dalam masyarakat.

Jangan lupa nantikan tayangan filem “Broker”, yang telah dijadualkan bakal menemui penonton pada bulan Jun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...