Ikuti Kami:

Jualan Slip-On Vans Putih Meningkat 7,800% Selepas Tayangan ‘Squid Game’

Jualan Slip-On Vans Putih Meningkat 7,800% Selepas Tayangan ‘Squid Game’

Lain macam betul penangan “Squid Game” kan? Habis satu dunia ‘demam’ disebabkan oleh siri Korea itu.

Bukan sahaja permainan yang dimainkan mereka mula menjadi trending dalam kalangan peminat malah kostum yang dipakai di dalam drama Netflix itu turut menjadi rebutan ramai.

Khabarnya, bukan sahaja pakaian sukan berwarna hijau-putih yang menjadi popular malah slip-on Vans putih turut menunjukkan peningkatan jualan yang tinggi kini. Menurut laporan, kasut berkenaan yang dipakai oleh setiap peserta permainan survival itu menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 7,800% sejak “Squid Game” ditayangkan.

vans squid game

Mungkin sekadar memintai pakaian berkenaan, namun ada segelintir yang mengambil inspirasi kostum berkenaan untuk digayakan ketika sambutan Halloween.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Korang ada yang beli ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...