Ikuti Kami:

Jual Barangan Rosak Serta Lewat Penghantaran, Label IU EDAM Entertainment Mohon Maaf

Jual Barangan Rosak Serta Lewat Penghantaran, Label IU EDAM Entertainment Mohon Maaf

EDAM Entertainment, agensi kepada IU, telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas isu terbaru mengenai barangan artis tersebut.

Pada 12 Januari, EDAM Entertainment mengeluarkan kenyataan di akaun media sosial rasminya.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat kerana pelbagai isu yang berlaku baru-baru ini. Dengan kesilapan dalam barangan ‘2022 IU Season’s Greetings’, kami telah menyebabkan peminat berada dalam kesusahan.

Label itu menjelaskan bahawa mereka akan mengambil langkah susulan yang sesuai untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi. EDAM menambah,

Kami berasa bertanggungjawab kerana telah menyebabkan kekecewaan kepada peminat yang telah lama menunggu produk barangan artis kami.

Agensi itu juga memohon maaf atas penghantaran barangan yang lewat dan kerosakan dalam produk ‘Strawberry Moon Necklace’ mereka. Selain itu, mereka juga mengumumkan bahawa mereka kini merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap entri yang berniat jahat melibatkan artis mereka, berdasarkan laporan yang dibuat oleh peminat.

Kami sedang menyemak banyak laporan, jadi kami mungkin mengambil sedikit masa. Kami merancang untuk memberikan peminat dengan kenyataan yang lebih terperinci tidak lama lagi.

IU edam entertainment

Mengakhiri kenyataan tersebut, EDAM Entertainment menulis,

Kami tidak akan lagi berdiam diri dan melihat artis dan peminat terus dikritik, dan kami akan meneruskan usaha untuk menghapuskan komen berniat jahat. Kami akan menggunakan kritikan itu sebagai batu loncatan dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...