Ikuti Kami:

JTBC Sahkan Drama ‘The Good Detective’ Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

JTBC Sahkan Drama ‘The Good Detective’ Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

Selepas sahaja laporan mengenai musim kedua drama fantasi misteri “Missing: The Other Side”, kini ada drama lain yang bakal dihasilkan kesinambungannya.

Menurut laporan media, JTBC mengesahkan bahawa produksi drama jenayah “The Good Detective” untuk musim keduanya akan bermula tak lama lagi dan penggambaran khabarnya bakal bermula pada Oktober nanti.

Malah pelakon utama pada musim pertama iaitu Son Hyun-joo dan Jang Seung-jo disahkan akan kembali semula dalam kesinambungan siri ini. Walaubagaimanapun, organisasi produksi masih belum ditentukan lagi.

episod terakhir the good detective

Untuk pengetahuan anda, drama ini mempertemukan dua detektif berbeza personaliti iaitu Kang Do-chang (Son Hyun-joo) dan Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi membongkarkan jenayah dan mencapai keadilan. Malah “The Good Detective” turut popular semasa tayangannya pada tahun lepas di mana ia meraih rating terbaik sebanyak 7.5% disebabkan oleh lakonan dan plot menarik.

Pasti ramai dah tak sabar apa yang bakal disajikan oleh musim kedua drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...