Ikuti Kami:

JTBC Disaman Dek Guna Lukisan Tanpa Izin, ‘Run On’ Dipadam Dari Laman Penstriman Seperti Netflix

JTBC Disaman Dek Guna Lukisan Tanpa Izin, ‘Run On’ Dipadam Dari Laman Penstriman Seperti Netflix

Hampir beberapa bulan menamatkan tayangan, drama “Run On” terpalit dengan kontroversi kini.

Menurut laporan media, seorang pelukis telah melaporkan JTBC kepada pihak polis atas dakwaan pelanggaran hak cipta. Hal ini kerana drama tersebut telah menggunakan dua lukisannya tanpa kebenaran dan ianya kini sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Seoul Tengah.

‘A; yang diwakili peguam menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi JTBC sejak “Run On” ditayangkan lagi. Individu tersebut meminta agar stesen penyiaran itu memohon maaf secara rasmi, membayar ganti rugi selain memadam lukisan tersebut daripada drama berkenaan. Pada ketika itu, “Run On” sudah pun memasuki tayangan episod ke-8 dan sudah 12 episod yang dirakamkan.

kontroversi run on

Lukisan berkenaan boleh dilihat di dalam babak di mana ianya digantung di ruang tamu dan juga koridor rumah Oh Mi-joo (Shin Se-kyung).

Disebabkan JTBC tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai hal tersebut selama 3 bulan, ‘A’ memilih untuk mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun, stesen penyiaran itu bertegas dan menyatakan bahawa penggunaan lukisan tersebut bukanlah salah pihak mereka memandangkan mereka menggunakan prop hasil bawaan daripada syarikat luar. Jelas JTBC lagi, syarikat berkenaan mengakui kesalahan mereka dan mahu memohon maaf kepada ‘A’ namun ditolak dan individu itu tetap melaporkan JTBC.

‘A’ menjelaskan bahawa mereka tidak akan menerima permohonan maaf daripada ‘Spartium’ dan mahu JTBC bertanggungjawab memandangkan stesen penyiaran tersebut seharus menyunting dan mengkaji kandungan drama tersebut sebelum disiarkan.

jtbc run on

Disebabkan oleh perbicaraan yang sedang berlangsung ini, drama “Run On” kini dipadam daripada pelbagai laman ulang tayang seperti Netflix dan TVing.

Harapnya mereka dapat selesaikan masalah ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...