Ikuti Kami:

Joy RED VELVET & Choo Youngwoo Sah Terajui Siri KakaoTV ‘Accidental Country Day’

Joy RED VELVET & Choo Youngwoo Sah Terajui Siri KakaoTV ‘Accidental Country Day’

Berita gembira buat semua yang menantikan drama baharu dari Joy RED VELVET dan Choo Young-woo!

Pada 26 Mei, KakaoTV telah mengesahkan Joy RED VELVET dan Choo Young-woo sebagai pelakon utama drama akan datang “Accidental Country Day”.

Untuk pengetahuan, “Accidental Country Day” ialah drama adaptasi webtoon, yang berkisarkan tentang doktor haiwan asal Seoul Han Ji-yul (Choo Young-woo), yang tiba-tiba berpindah ke Heedong-ri, sebuah kampung luar bandar di Kangchon. Ia merupakan kisah cinta yang menyembuhkan antara dua watak utama, yang melegakan kesakitan antara satu sama lain dalam suasana hangat di luar bandar.

Joy akan memegang watak polis wanita Ahn Jae-young, seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang sangat baik. Dia disayangi oleh semua penduduk kampung, dan menawarkan pertolongan kepada semua orang. Setiap kali pertengkaran berlaku di kawasan kejiranan, Jae-young akan campur tangan dan membantu orang ramai berbaik semula. Berbeza dengan watak utama lelaki Ji-yul yang akan dilakonkan oleh Choo Young-woo, yang tidak berminat dengan orang lain dan tidak suka perhatian.

Accidental Country Day

Jangan lupa tonton “Accidental Country Day”, drama dengan sejumlah 12 episod, dengan setiap episod berdurasi 30 minit. Ia dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2022. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...