Ikuti Kami:

Joshua SEVENTEEN & Model Cantik Sudah Daftar Perkahwinan?

Joshua SEVENTEEN & Model Cantik Sudah Daftar Perkahwinan?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang memberikan perhatian terhadap skandal cinta Joshua SEVENTEEN dengan seorang model.

Satu entri dalam laman komuniti popular di Korea bertajuk ‘Teman wanita Joshua berkahwin’ telah tular baru-baru ini.

Dalam posting itu, terdapat tangkapan skrin di mana wanita yang dikenali sebagai Cho Mi-young dan didakwa merupakan kekasih ahli SEVENTEEN itu meninggalkan komen di bawah entri rakannya di Instagram. Respon kawan itu,

Tahniah atas perkahwinan awak.

Disebabkan itu, ada yang menebak sekiranya Cho Mi-young sudah pun berkahwin berdasarkan komen yang ditinggalkan itu.

joshua

Komen mereka,

Ini bukan pengumuman perkahwinan ke?

 

Ini bukan perkahwinan rahsia. Sebab Joshua pernah sebut pada peminat dua tahun lalu yang dia dah berkahwin. Perselisihan masanya agak dekat.

 

Mungkin sebab teman wanitanya ada menjalani photoshoot dengan tema perkahwinan.

 

Mereka sudah beberapa tahun bercinta, mungkin mereka dah failkan pendaftaran perkahwinan.

 

Mungkin mereka ada mengambil gambar kahwin dan bergurau mengenainya?

 

Kesian dengan peminat.

Dalam pada itu, khabar angin berterbangan baru-baru ini mengatakan bahawa Joshua dan Cho Mi-young sudah beberapa tahun bercinta dan menyembunyikan hal tersebut daripada peminat. Awalnya hal ini menjadi bualan kerana beberapa klu ditinggalkan mereka di Instagram masing-masing.

Walau bagaimanapun, masih tiada respon mengenai hal ini dari agensi SEVENTEEN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...