Ikuti Kami:

“Joo Woojae Lagi Tak Ada Adab..” – Yoo Jaesuk

“Joo Woojae Lagi Tak Ada Adab..” – Yoo Jaesuk

Biasalah kalau ada yang tak suka watak dibawa mana-mana personaliti televisyen di dalam program hiburan.

Dalam episod terbaru “How Do You Play”, kesemua ahli telah menyertai episod khas ‘NolWhat Agency Co. Ltd’ dan sempat membincangkan mengenai personaliti sebenar Joo Woo-jae.

Ulas Yoo Jae-suk,

Saya dapat panggilan pagi selepas episod bersama Lee Yi-kyung bersiaran. Katanya, wataknya kelihatan berbeza dari apa yang mahu dia sampaikan.

Tambah Park Jin-joo,

Bukan ke penonton suka je?

Yoo Jae-suk kemudian mendedahkan bahawa respon itu berubah dalam masa seminggu sahaja. Sampuk Joo Woo-jae pula,

Saya jumpa Lee Yi-kyung di tempat parkir pada pagi ini dan dia memberikan sapaan formal pada saya.

joo woojae

Mendengarkan hal itu, kesemua ahli lain meminta Lee Yi-kyung meneruskan sahaja personaliti yang disukainya dan tak perlu hiraukan tohmahan orang lain. Akui Yoo Jae-suk lagi,

Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi Joo Woo-jae lagi tiada adab berbanding Lee Yi-kyung.

Tambah Mi-joo,

Banyak bahagian Joo Woo-jae disunting sebenarnya.

Joo Woo-jae kemudiannya mengakui hal tersebut dan tak kisah sekiranya dipanggil sebagai kurang ajar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...