Ikuti Kami:

Jom Marathon! 5 K-Drama Best Bakal Tayang Di Netflix Oktober Ini

Jom Marathon! 5 K-Drama Best Bakal Tayang Di Netflix Oktober Ini

Netflix sentiasa membawakan kandungan Korea yang terbaik buat semua, sebab itu anda pasti akan melompat gembira apabila mengetahui bahawa ada drama baru yang bakal menjengah ke platform penstriman tersebut tak lama lagi.

When My Love Blooms (15 Oktober)

episod akhir when my love blooms

Han Jae-hyun (Yoo Ji-tae) merupakan seorang lelaki yang berusia 40-an dan dia adalah seorang ahli perniagaan yang kacak, bercita-cita tinggi dan kaya. Walaupun nampak gah, dia sebenarnya merupakan seorang yang sering melakukan protes semasa masih lagi pelajar pada usia 20-an. Pada ketika itu, hatinya dipunyai oleh seorang wanita bernama Yoon Ji-soo (Lee Bo-young) dan selepas beberapa dekad, lelaki itu berjumpa kembali dengan cinta pertamanya itu.

Dr. Romantic 2 (23 Oktober)

doctor romantic 2

Untuk musim kedua ini, ia membawa kisah Dr. Kim (Han Suk-kyu) bersama kehidupannya dengan orang baru selepas pelajar lamanya terpaksa pergi atas urusan masing-masing. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Dek mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seob) yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eun-jae (Lee Sung-kyung) yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

VIP (23 Oktober)

drama vip

Sama juga dengan drama “VIP” yang baru sahaja ditayangkan di saluran SBS. Naskhah bertemakan melodrama ini mengisahkan tentang rahsia tersembunyi oleh sebuah pasukan yang menguruskan klien VIP di sebuah pusat membeli-belah terkenal. Na Jung-sun (Jang Na-ra) merupakan seorang ahli pasukan itu dan mempunyai bakat bercakap yang baik selain sangat cekap dalam melakukan kerjanya. Dia juga hidup bahagia dengan suaminya iaitu Park Sung-joon (Lee Sang-yoon) yang juga merupakan ketua pasukannya.

Tapi tidak disangka apabila satu mesej misteri yang diterimanya mendakwa bahawa suami tercintanya itu mempunyai hubungan sulit bersama salah seorang ahli lain pasukan itu. Na Jung-sun mula mengesyaki suaminya dan cuba membongkarkan rahsia kecurangannya itu. Dalam usahanya mencari keadilan, dia turut tanpa sengaja membongkar rahsia lain mengenai tiap-tiap rakan sekerjanya.

Hot Stove League (23 Oktober)

stove league

Drama ini membawa kisah satu pasukan besbol ‘Dreams’ yang sudah tidak mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan ditolak oleh peminat mereka sendiri. Bagi mengubah situasi pasukan itu, Baek Seungsu (Namgoong Min) telah hadir sebagai pengurus baru. Lee Se-young (Park Eun-bin) pula ialah satu-satunya pengurus wanita untuk pasukan besbol di Korea dan dia sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus menguruskan ‘Dreams’.

Voice 2 (1 November)

voice 2

Sama seperti musim pertamanya, ia membawa kisah seorang kakitangan di pusat panggilan kecemasan 112 iaitu Kang Kwon-joo (Lee Han-na) yang mempunyai kebolehan mendengar suara yang halus. Dengan kelebihan yang ada, dia berganding bahu dengan ketua jabatannya iaitu Do Kang-woo (Lee Jin-wook) untuk membanteras pelbagai jenayah.

Seronoknya pelanggan Netflix dapat tonton kandungan Korea yang menyeronokkan ini. Kepada yang belum melanggan, apa tunggu lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...