Ikuti Kami:

Jo Boah & Ahn Hyoseop Dilamar Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Office Blind Date’

Jo Boah & Ahn Hyoseop Dilamar Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Office Blind Date’

Khabarnya Jo Bo-ah dan Ahn Hyo-seop mungkin akan bertemu sebagai pasangan pelakon dalam drama romantik “Office Blind Date”.

Malah kedua-dua agensi pelakon tersebut mengakui bahawa mereka berdua ada menerima tawaran drama itu dan sedang menelitinya kini.

“Office Blind Date” ialah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang kakitangan syarikat yang menyertai temu janji rahsia bagi menggantikan rakan baiknya. Tanpa disangka, pasangan temu janji yang ditemuinya ialah bos syarikatnya sendiri.

office blind date

Kalau anda nak tahu, kisah ini diterbitkan pertama sekali sebagai novel web pada tahun 2017 sebelum dihasilkan sebagai webtoon pada tahun 2018. Kemudian, KakaoPage mengesahkan bahawa mereka akan mengadaptasikan kisah tersebut kepada drama nanti.

Sama-sama kita nantikan sama ada Jo Bo-ah dan Ahn Hyo-seop akan menerima tawaran ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...