Ikuti Kami:

Jiyeon T-ARA Umum Bakal Berkahwin Dengan Pemain Besbol Hwang Jaegyun

Jiyeon T-ARA Umum Bakal Berkahwin Dengan Pemain Besbol Hwang Jaegyun

Jiyeon T-ARA umum bakal berkahwin tak lama lagi!

Tiada angin, tiada ribut, wanita itu berkongsi mengenai berita tersebut menerusi Instagram miliknya.

Hello, ini ialah Ji-yeon.

Ada kisah yang saya mahu kongsikan terus bersama peminat, jadi saya memberanikan diri untuk menuliskan hal ini. Saya debut ketika remaja dan masa berlalu, dan saya sudah memasuki usia 30-an kini. Ketika muda, saya takutkan semuanya, apabila debut dan dalam usia 10-an, saya berasa terbeban dan mula menutup diri, apabila berasa penat dan mahu berhenti daripada segala-galanya ketika 20-an. Awak semua sentiasa menghulurkan tangan dan membawa saya melalui terowong yang gelap, menyokong saya, sehingga saya boleh berada di sini kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIYEON (@jiyeon2__)

Tambahnya lagi,

Saya mengenali teman lelaki menerusi rakan dan bertemunya dengan perasaan yang baik. Saya berjanji akan mengahwininya pada musim sejuk akan datang. Dia merupakan hadiah di dalam hidup saya, yang sentiasa menjaga, menghargai dan mengajar saya bahawa kebahagiaan itu membahagiakan.

Saya mahu hidup dengan baik dan cantik bersama seorang teman lelaki yang kuat dan memegang tangan saya yang tidak stabil dan menghulurkan bahu yang boleh disandar. Saya berasa gementar dan gementar apabila menulis setiap perkataan pada surat ini.

jiywon jaegyun

Akhir kata,

Saya akan terus memberikan awak semua dengan imej yang baik dek sokongan dan kasih sayang yang diberikan semua peminat. Terima kasih dan saya sayangkan awak.

Untuk pengetahuan, teman lelaki Ji-yeon ialah Hwang Jae-gyun iaitu pemain besbol profesional untuk KT Wiz di Liga KBO.

Tahniah Ji-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...