Ikuti Kami:

Jiwa Lelaki Moden Terperangkap Dalam Badan Permaisuri, ‘No Touch Princess’ Drama Bersejarah Fusion Kelakar

Jiwa Lelaki Moden Terperangkap Dalam Badan Permaisuri, ‘No Touch Princess’ Drama Bersejarah Fusion Kelakar

Tak sabarnya nak saksikan gandingan Kim Jung-hyun dan Shin Hye-sun dalam drama terbaru tvN nanti!

“No Touch Princess” ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang permaisuri di Dinasti Joseon.

Pertama kali membawa watak dalam drama bersejarah, Shin Hye-sun memegang watak Kim So-yong iaitu seorang permaisuri yang mempunyai jiwa seorang lelaki moden. Sebagai lelaki, wataknya bernama Jang Bong-hwan dan merupakan seorang cef di Rumah Biru iaitu kediaman presiden Korea Selatan.

no touch princess

Kim Jung-hyun pula membawa watak Raja Cheoljong yang kelihatan seperti lemah dan seorang ketua yang mudah dipengaruhi tapi sebenarnya mempunyai sisi yang tajam dan kuat.

no touch princess

Watak Permaisuri Sunwon dilakonkan oleh pelakon Bae Jong-ok ialah figura utama di sebalik posisi Raja Cheoljong kini. Kim Tae-woo menggalas tanggungjawab sebagai Kim Jwa-geun, adik lelaki Permaisuri Sunwon dan turut merupakan kunci utama kepada kekuatan permaisuri itu.

no touch princess

Terujanya nak tonton drama baru Kim Jung-hyun selepas “Crash Landing On You”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...