Ji Sung, Won Jin-ah, dan Park Hee-soon telah disahkan membintangi drama baharu bertajuk “Judge Lee Han Young”!
Berdasarkan sebuah web novel, ia mengisahkan tentang Lee Han-young, seorang hakim yang selepas difitnah dan mati secara tragik, kembali ke masa silam iaitu 20 tahun lalu.
Ji Sung akan membawakan watak Lee Han-young, seorang hakim tunggal di Mahkamah Daerah Chungnam. Dalam kehidupan hariannya yang biasa sebagai hakim tunggal, dia menjadi menantu kepada CEO sebuah firma guaman yang berjaya. Dia kemudiannya mula menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, terlibat dalam perbicaraan yang dipengaruhi oleh permintaan luar. Namun, sejurus dia nekad untuk menghentikan semua itu, dia tiba-tiba kembali ke masa 10 tahun lalu ketika masih menjadi hakim tunggal.
Park Hee-soon akan membawakan watak Kang Shin-jin, Ketua Hakim Jenayah di Mahkamah Daerah Pusat Seoul serta tokoh utama dalam “kerajaan bayangan” yang diketuai oleh bekas presiden. Mempunyai kuasa besar dan tidak teragak-agak memperdagangkan undang-undang serta keputusan penghakiman, Kang Shin-jin akan bertembung hebat dengan Lee Han-young, menggerakkan plot dengan konfrontasi yang penuh ketegangan.
Won Jin-ah pula melakonkan watak Kim Jin-ah, seorang pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Raya Daerah Pusat Seoul. Dengan tekad yang satu untuk menangkap Jang Tae-sik dari Kumpulan S, Kim Jin-ah menjadi pendakwa dan akhirnya bekerjasama dengan Lee Han-young, yang menawarkan bantuan kepadanya.
“Judge Lee Han Young” kini sedang menjalani penggambaran dan dijadualkan tayang pada separuh kedua tahun ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.