Jisoo BP & Pelakon ‘Snowdrop’ Lain Beri Kejutan Buat Jung Haein Di Set Penggambaran ‘Connect’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Memang erat betul hubungan antara pelakon “Snowdrop” meskipun penggambaran drama berkenaan sudah lama tamat.
Ini terbukti apabila beberapa pelakon seperti Jisoo BLACKPINK, Kim Hye-yoon, Jung SHin-hye dan Jung Yi-seo telah membuat kejutan di set penggambaran drama terbaru Jung Hae-in iaitu “Connect”.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon lelaki itu menerusi entri di Instagram miliknya. Dapat dilihat kesemua pelakon wanita itu memberikan sokongan dengan menghantar trak churros dan kopi bersama Choi Hee-jin, Heo Nam-joon dan Ahn Dong-gu malah mereka datang sendiri ke lokasi penggambaran bagi membuat kejutan tersebut.
Tulis Jung Hae-in,
Pelakon ‘Snowdrop’ telah meluangkan masa untuk menyokong saya telah datang membuat kejutan dalam cuaca yang sejuk ini.. terima kasih buat anda, yang memberikan banyak tenaga dengan hadiah yang tak akan dilupakan seumur hidup dek idea Mi-soo. Saya akan terus kuat untuk menyambung penggambaran hingga ke akhirnya! Hye-yoon, Hee-jin, Jisoo, Shin-hye, Yi-seo, Nam-joon, Dong-gu, terima kasih.
Nampak akrab kan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




