Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Jawab Sama Ada Akan Rilis Album Solo Tahun Ini

Jisoo BLACKPINK Jawab Sama Ada Akan Rilis Album Solo Tahun Ini

Jennie, Lisa dan Rosé sudah, pastinya ramai yang menantikan giliran Jisoo untuk meriliskan album atau lagu solo kan?

Tidak seperti ahli yang lain, Kim Ji-soo dilihat memilih bidang lain untuk memulakan karier solonya iaitu menerusi lakonan. Bahkan percubaan itu membuahkan hasil apabila lakonannya dalam “Snowdrop” menerima pujian ramai meskipun itu ialah watak utama pertamanya.

Terbaru, menerusi sebuah perjumpaan peminat di laman WEVERSE, BLACKPINK sempat berkongsi pelbagai cerita bersama BLINKs.

jisoo blackpink

Antara soalan yang ditanyakan ialah mengenai sama ada solo Ji-soo akan menyapa peminat tahun ini. Jawab idola itu,

Oh, mestilah.

Apabila ditanya jika dia akan rap,

Rap? Saya akan menyanyi rap ketika konsert encore nanti.

Mendengarkan jawapan Ji-soo itu, sudah pasti ramai yang teruja. Bahkan, #JISOOSOLOTHISYEAR turut trending di Twitter semalam.

Korang pun mesti excited kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...