Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Dedah Sebab Enggan Nyanyi OST Buat ‘Snowdrop’

Jisoo BLACKPINK Dedah Sebab Enggan Nyanyi OST Buat ‘Snowdrop’

Selain barisan pelakon hebat bagi drama yang baru sahaja tamat iaitu “Snowdrop” lakonan Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in, drama itu turut mendapat perhatian untuk runut bunyi yang menarik.

Ji-soo yang merupakan pelakon serta penyanyi yang tidak dinafikan mempunyai vokal unik, mendedahkan bahawa dia pernah ditawar untuk menyanyikan salah satu runut bunyi bagi drama lakonannya itu, namun dia menolak tawaran tersebut. Menurut Ji-soo,

Saya diminta untuk menyanyikan OST buat ‘Snowdrop’, tetapi saya berkata ‘tidak’ kerana saya fikir jika saya meminjamkan suara saya dan ia keluar sebagai lagu, penonton tidak akan dapat memberi tumpuan kepada drama.

Tambahnya,

Saya mahu Young-ro (nama watak Ji-soo) dikenali sebagai Young-ro sahaja. Para pengarah kemudian menghormati pendapat saya.

jisoo jtbc snowdrop ost

Sekadar info, Ji-soo sepatutnya menyanyikan runut bunyi asal kedua bertajuk “Friend”, bagi drama “Snowdrop”, namun kini, OST tersebut telah dinyanyikan oleh Kim Hee-won, dan ia juga telah menjadi lagu pembukaan buat drama itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...