Ikuti Kami:

“Jiran Nampak Dia Menangis Di Tangga” – Dispatch Sahkan Hubungan Kim Saeron & Kim Soohyun

“Jiran Nampak Dia Menangis Di Tangga” – Dispatch Sahkan Hubungan Kim Saeron & Kim Soohyun

Selepas pelbagai keraguan, Dispatch tampil mendedahkan pelbagai lagi info mengenai Kim Sae-ron dan Kim Soo-hyun.

Menerusi pendedahan terbaru ini, media tersebut mengakui segala kejadian yang didedahkan selama ini adalah benar berkaitan dengan kontrak bersama Gold Medalist dan mendiang.

Dalam pada itu, Dispatch sempat menemubual jiran tetangga Kim Sae-ron bagi mendapatkan pelbagai lagi kemas kini mengenai kejadian itu. Kata salah seorang jiran,

Saya tahu itu adalah Kim Sae Ron selepas membaca artikel tentang kematiannya. Saya mengingati dia kerana sering menangis di tangga lorong.

kim saeron

Malah kongsinya, dia pernah melihat mendiang menangis di tangga untuk tempoh yang lama.

Saya berasa kasihan padanya dan pernah cuba menenangkannya. Nampaknya dia mempunyai masalah peribadi. Saya pernah mendengar dia mengadu tentang kesusahannya. Saya nampak ada luka di sekitar pergelangan tangannya. Saya terfikir, wanita muda ini pasti menjalani kehidupan yang sangat sukar. Pada waktu itu, saya tidak tahu pun dia seorang pelakon.

Dispatch juga mengesahkan jalinan cinta Kim Sae-ron dan Kim Soo-hyun serta mendedahkan bahawa kesemua kenalan rapat mereka mengetahui tentang hubungan mereka

Masalahnya adalah usia Kim Sae-ron, jadi mereka tidak dapat mengakui hubungan itu secara terbuka.

Sudah tentu, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa perkara ini yang menyebabkan kematiannya. Terdapat pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi, seperti artikel media, penyebaran oleh YouTuber, pandangan masyarakat, kegagalan untuk kembali ke industri, serta masalah peribadi.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Dispatch

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...